Najib Masih Seorang Kawan – Muhyiddin

190
0
SHARE

PAGOH: Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak masih seorang rakannya walaupun beliau digugurkan dari Kabinet.

Dalam ucapannya selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Panchor di sini, Muhyiddin menyentuh pelbagai isu nasional tetapi tidak bercakap mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan presiden Umno itu berkata, beliau akan terus melakukan yang terbaik untuk memperkukuhkan parti dan Barisan Nasional (BN).

Turut hadir pada majlis itu ialah para pemimpin BN dan Umno.

“Sebelum majlis bermula, semua yang hadir diingatkan bahawa ia merupakan majlis tertutup dan diberitahu supaya tidak merakamkannya menggunakan telefon bimbit mereka,” kata seorang pemimpin.

“Walaupun ucapan Muhyiddin disampaikan dengan baik tetapi anda boleh merasai kesedihan dan kekecewaan beliau,” tambahnya.