Najib Mahu ‘Perbicaraan’ 1MDB Melalui Media Dihentikan

37
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menggesa orang ramai menunggu hasil siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan bukannya menjalankan “perbicaraan melalui media”.

Beliau berkata tindakan akan diambil terhadap syarikat pelaburan negara yang dibebani hutang itu jika didapati melanggar undang-undang.

“Dari segi tuntutan salah laku, terdapat beberapa siasatan bebas, ada yang saya sendiri arahkan. Daripada menjalankan perbicaraan melalui media, kita perlu menunggu hasil siasatan ini.

“Jika ada salah laku, saya boleh memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” kata Najib dalam ucapan semasa Forum Transformasi Global di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Najib mengakui kepada hadirin di perwakilan antarabangsa, 1MDB melalui masa yang sukar tetapi memberi jaminan Putrajaya sedang menanganinya.

Najib berkata, pemulihan 1MDB diperlukan untuk terus beroperasi tanpa sebarang gangguan.

“Ia tidak akan sempurna bagi saya untuk tidak mengakui salah satu syarikat pembangunan strategik negara kita, 1MDB menghadapi tempoh yang mencabar baru-baru ini.

“Bagaimanapun kita sedang mengambil langkah konkrit untuk menangani ini.

“1MDB sedang melaksanakan pelan rasionalisasi yang jika diikuti tanpa halangan akan membolehkan syarikat itu membayar hutang terkumpul dan menyelesaikan isu aliran tunai dihadapi,” katanya.

Beliau berkata kerajaan komited ke arah membawa perubahan yang mampan dan inklusif.

Katanya, kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai bajet berimbang “atau sehampir yang mungkin” menjelang 2020, dan menegaskan pengurangan defisit setiap tahun.

“Untuk mencapai matlamat ini, beberapa keputusan yang sukar perlu dibuat. Sejak tahun lepas, misalnya, kita melaksanakan 2 langkah yang sangat sukar,” katanya merujuk kepada penghapusan subsidi bahan api dan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST ).

“Daripada segi politik pula sukar melaksanakan politik tidak popular tetapi perkara yang betul untuk dilakukan. Dan ia meningkatkan cukai asas dengan ketara,” katanya.