Najib Mahu Malaysia Beralih Kepada Sektor Korporat

95
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu beralih kepada sektor korporat untuk memacu pertumbuhan ekonomi kerana ruang dasar kerajaan menjadi semakin terhad sekarang berbanding pada 2008 dan 2009 apabila kerajaan memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi, malah perbelanjaan swasta juga mungkin perlahan.

Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu perlu kerana secara asasnya adalah persimpangan antara Ekonomi Modal dan Ekonomi Rakyat.

“Sejak Krisis Kewangan Asia Timur 1998, sektor korporat Malaysia sudah berkembang dengan ketara dan sektor korporat secara keseluruhannya mempunyai imbangan tunai yang teguh.

“Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diperkasa dan diperkukuhkan oleh Program Transformasi Ekonomi kini berada dalam kedudukan yang mantap untuk memacu pertumbuhan ekonomi,” katanya berucap menutup Forum Khazanah Megatrends 2015, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar.