Najib Lancar Projek RM650j Perindah Sekitar Tugu Negara

279
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tugu Negara dan kawasan di sekitarnya mendapat suntikan RM650 juta bagi menjadikan kawasan seluas 66 ekar itu sebagai taman hutan hujan dalam bandar.

Sebahagian besar projek itu akan dibiayai Khazanah Nasional yang memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata “hutan tropika mini dalam bandar raya” itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur.

Berucap merasmikan projek Taman Tugu di Tugu Negara hari ini Najib berkata fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.

“Salah satu ciri global city (bandar raya global) ialah pembangunan masyarakat dalam sesebuah bandar raya menuju kepada kemudahan riadah. Kemudahan green lungs (kawasan hutan).

“Sebab itulah bandar raya London sinonim dengan Hyde Park, Central Park sinonim dengan New York.

Projek itu dijalankan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan.

Isu itu kembali menjadi perhatian selepas timbalan mufti Perak Zamri Hashim menulis dalam sebuah akhar mengenai binaan patung seperti burung helang adalah haram kerana menyerupai haiwan hidup.

Memetik hadis nabi Zamri berkata ijmak seluruh ulama mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan haram membina atau membuat replika patung yang lengkap bagi benda bernyawa seperti manusia atau binatang.

“Malah, jika sudah dibina wajib dirobohkan, manakala membinanya atau membuatnya adalah dosa besar,” tulisnya dalam sisipan “Ibrah” di Berita Harian pada 2 September lalu.

SHARE
Previous articlePesuruhjaya Tinggi Sri Lanka Dilapor Diserang Di KLIA
Next articlePemimpin UMNO Perlu Ketepi Protokol – Zahid