Najib Lancar Projek Maju Kuala Lumpur Bernilai RM2.5 Billion

437
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan projek pembangunan bercampur dikenali Maju Kuala Lumpur bernilai RM2.5 billion.

Projek berkenaan akan dibangunkan oleh ASM Development (KL) Sdn Bhd iaitu anak syarikat Kumpulan Maju Holdings Sdn Bhd di Bandar Tasik Selatan di sini, tidak lama lagi.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Skim Sewa Beli Maju bagi kemudahan pembeli kira-kira 4,200 pangsapuri berkenaan.