Najib Lancar Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik

95
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik yang akan memberi tumpuan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu mencatatkan peningkatan yang tinggi iaitu 489,606 kes.

“Jumlah kematian pula mencatat 6,706 kes daripada 6,193 kes kemalangan maut yang direkodkan.

“Jika semua jumlah ini didarab dengan lima tahun berturut-turut, ia boleh memenuhi jumlah di dalam Stadium Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.