Najib Lancar GAX

92
0
SHARE
Oleh: Wartawan Mysuara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan penyelesaian teknologi dikenali Growth Accelerator Exchange (GAX) pada Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, Tan Sri Munir Majid dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

GAX adalah penyelesaian teknologi bagi memudahkan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyelesaikan cabaran yang mengehadkan kemampuan mengembangkan perniagaan mereka.

Penyelesaian GAX akan membangunkan infrastruktur digital untuk memenuhi keperluan komuniti PKS di rantau ini. Penyelesaian itu akan mula dipasarkan di Malaysia terlebih dulu sebelum berada di negara ASEAN lain pada 2016.

Dalam pada itu, Najib turut menyampaikan lapan Anugerah Perniagaan ASEAN pada majlis sama. Antara penerima anugerah itu dalah SL Agritech Corp, DRB Hicom Bhd, Air Asia Bhd, QL Resources Bhd, LBC Express Inc, Kossan Rubber Industries Bhd, ColorSilk dan Pointray Sdn Bhd.