Najib Kesal Musuh ‘Dalam’, ‘Luar’ Cuba Rosakkan Imej Negara

115
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan musuh “luar” dan “dalam” yang didakwanya cuba merosakkan imej negara.

“Kita berasa kesal, bahkan sebenarnya, kita amat-amat kesal dengan tindak-tanduk tidak bertanggungjawab oleh musuh dari dalam mahupun luar, yang cuba mempalit dan merosakkan imej negara ini.

“Pada kita perbuatan segelintir pihak ini, akan hanya memporak-perandakan, sampai boleh memusnahkan apa yang terbina selama ini,” katanya ketika pembentangan Bajet 2016, di Parlimen hari ini. – INSIDER

SHARE
Previous articlePembangkang Sambut Bajet Dengan Sepanduk ‘Mana 2.6 Bilion?’
Next articleTambah Nilai Kad Prabayar: SKMM Akan Cari Mekanisme Terbaik