Najib Jumpa Pemimpin UMNO Kedah Di PWTC

253
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin UMNO Kedah tiba di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang menempatkan ibu pejabat UMNO sejak jam 3.30 petang tadi bagi pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan kemelut politik negeri itu.

Antara terawal tiba ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ini diikuti Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom (Kubang Pasu) dan Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Hamid.

Pertemuan itu dijangka turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), EXCO kerajaan negeri serta 14 daripada 15 ketua UMNO bahagian di negeri itu.

SHARE
Previous articleKTM Sasar 2 Juta Penumpang ETS Tahun Ini
Next articleMufti Besar Arab Saudi Isytihar Catur Haram