Najib, Isteri Tiba Ke Tanah Air

127
0
SHARE

SEPANG: Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di tanah air sebentar tadi selepas mengakhiri urusan rasmi di luar negara selama hampir dua minggu.

Perdana Menteri tiba dengan menaiki pesawat khas kira-kira jam 9.55 pagi di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini dengan disambut meriah oleh kira-kira 1,000 orang.

Antara yang menyambut termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri Kabinet, pegawai kerajaan dan pemimpin serta ahli komponen Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri mengakhiri lawatan kerja ke Itali selama tiga hari bermula Jumaat lalu. Beliau sebelum itu berada di New York bermula 24 September lalu bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).