Najib Bukan Penyangak, Beliau Berhati Mulia – MYKMU

293
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh ‘rembat’ baki derma RM2.6 bilion yang disumbangkan keluarga diraja Arab Saudi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Blog pro UMNO, mykmu.net mendakwa Najib sebaliknya tidak berbuat demikian (rembat duit) kerana beliau bukan penyangak, sebaliknya seorang yang berhati mulia.

Katanya, Najib tidak boleh disamakan dengan orang lain yang mungkin akan ‘rembat’ baki derma itu, apatah lagi wang itu dimasukkan dalam akaun peribadi.

“Najib boleh ‘rembat’ semua duit itu kalau beliau mahu, tapi Najib bukan penyangak, derma masuk untuk PRU13, bila PRU13 selesai dan duit itu tidak habis digunakan, ia dipulangkan semula kepada keluarga diraja Arab Saudi yang berkenaan.

“Mulia hati Najib tu. Kadir jangan samakan Najib dengan orang lain, memang orang lain akan sapu kalau dapat peluang macam itu, dah masuk akaun kan, gila ka pulang balik, bukan sikit pulak tu, lebih RM 2 billion,” tulis blog itu.

Kenyataan itu bagi menjawab bekas Ketua Pengarang Kumpulan NTSP, Datuk A Kadir Jasin yang mempersoalkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mendakwa Najib.

“Berapa syarikat penerbitan boleh diselamatkan dari bankrap dengan duit banyak tu kan? Tapi itulah kita sebut tadi, Najib jujur orangnya, beliau tahu derma itu untuk kegunaan apa dan bila kegunaan itu selesai dan wang tidak habis digunakan, ia dipulangkan kembali kepada tuannya, apa yang susah sangat nak rungkai?

“Oh ya, betul Almarhum Raja Abdullah meninggal dunia pada 2015 tapi ketika wang itu dipulangkan pada Ogos 2013, baginda masih hidup lagi.

“Selain petik kenyataan bersumberkan Nasdaq mendakwa Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri tidak menahu tentang sumbangan itu, rujuk jugalah kenyataan BBC mengenai perkara yang sama, dua-dua pakai sumber juga, tapi kenapa hanya pilih satu untuk percaya, kenapa tak pilih satu lagi?, soal blog itu. – FMT