Najib Bertegas Sekali Lagi, Tidak Akan Berundur

166
0
SHARE

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatannya meskipun banyak pihak semakin mendesak beliau berbuat demikian susulan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa turut mengaitkan dirinya.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka, di Melaka petang tadi, beliau yang juga presiden Umno menegaskan, suara yang mendesak beliau berundur terlalu sedikit jika dibandingkan 3 juta ahli Umno yang mengundinya sebagai presiden.

“Suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun. Sebab saya tahu 3 juta ahli Umno bersama saya,” katanya mengulangi kenyataan hampir sama yang pernah diucapkannya di Sabah tidak lama dahulu.

Susulan ucapannya itu, kesemua lebih 500 perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka berdiri dan melaungkan “Hidup Najib” sebelum beliau menyambung semula ucapannya.

“Saya dipilih melalui proses demokrasi pemilihan,” katanya.

Sekumpulan aktivis hari ini yang menggelarkan diri mereka Demi Malaysia menganjurkan demonstrasi #TangkapNajib di ibu negara susulan isu yang melanda pentadbiran beliau.

“Bukan saya angkuh, tapi saya diamanahkan oleh parti untuk meneruskan kepimpinan.

“Jangan ganggu saya, saya nak buat yang terbaik, saya buat ekonomi modal, ekonomi rakyat,” katanya.

“Ada orang kata saya tidak bijak kerana buang kuota bertanding jawatan presiden parti,” kata najib mengulas perubahan dalam sistem pemilihan Umno yang memberikan ruang demokrasi kepada ahli untuk memilih presiden.

“Ingat senang nak dapat? Susah. Kalau saya kekalkan Perlembagaan lama, saya boleh jadi presiden parti selama 23 tahun. Boleh.. Sebab, siapa nak lawan?

“Tapi saya nak parti kita jadi lebih terbuka. Saya biarkan 160,000 ahli Umno memilih,” katanya.

Najib berkata, beliau percaya, isu yang kini membelenggu diri dan pentadbirannya akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.

SHARE
Previous articlePerhimpunan Berhampiran Sogo Cetus Huru-Hara
Next articleAhmad Maslan Buat ‘Lawak Antarabangsa’ – Muhyiddin