Najib Bersyukur Diberi Peluang Berbakti

355
0
SHARE

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mengakui perjalanan 40 tahun kerjaya politiknya didukung oleh sokongan padu termasuk pengundi di daerah ini.

Perdana Menteri juga bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

Beliau turut berkongsi pengalaman sejak mula menjadi Ahli Parlimen Pekan pada tahun 1976 sehingga dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Hari ini tentulah hari yang penuh dengan perasaan bercampur baharu dan nostalgia…maklumlah menyingkap kembali perjalanan 40 tahun.

“Memang perjalanan politik saya penuh dengan kenangan pahit dan manis…penuh tragedi dan nyaris maut tetapi bersyukur Allah masih memberi kesempatan kepada saya.

“Saya berterima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dari mula hingga sekarang terutama penduduk daerah ini,” katanya berucap pada majlis  Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat Perdana di Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini, sebentar tadi.

Lebih 1,000 orang termasuk pemimpin tempatan menghadiri majlis berkenaan yang diadakan sempena 40 tahun pembabitan Najib dalam politik.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob.