Najib Bersih, Pembangkang Patut Malu – BNBBC

1498
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Sebuah laman portal pro Barisan Nasional mengkritik pihak-pihak terutama pembangkang yang sering menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion.

Laman portal Ahli Majlis Barisan Nasional (bnbbc.my) itu menerusi satu artikel hari ini menyiarkan spekulasi yang ditimbulkan itu ternyata tidak benar apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sendiri mengesahkan tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib dalam isu itu.

Ini terbukti, apabila Apandi menerusi kenyataan hari ini berkata, keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, dana yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri di antara 23 Mac 2013 dan 10 April 2013 berjumlah US$681 juta (RM2.08 bilion) itu hanya digunakan oleh Najib sebanyak RM500 juta sahaja berdasarkan pasaran nilai mata wang ketika itu daripada RM2.08 juta yang didermakan oleh keluarga diraja Arab.

Penjelasan Peguam Negara itu sekaligus mengesahkan cakap-cakap bahawa Najib tidak menggunakan kesemua dana itu sebaliknya telah mengembalikan kepada pihak penderma.

Justeru, menurut portal berkenaan yang dipetik menerusi artikel yang bertajuk `Pembangkang patut malu fitnah Najib isu SFC dan dana Rm2.6 bilion’, telah memberikan kelegaan terutama rakyat yang selama ini dikelirukan pembangkang serta musuh politik Najib dengan mengatakan wang itu telah digunakan bagi kegunaan peribadi.

Penulis artikel itu turut menyebut Sarawak Report dan pembangkang patut berasa malu kerana memfitnah Najib termasuk Datin Seri Rosmah Mansor dalam isu tersebut.

“Diharap dengan kenyataan Peguam Negara, pihak yang membuat tuduhan tersebut terutama pembangkang patut tutup mulut dan menghentikan serangan terhadap Najib dalam isu SRC dan dana RM2.6 bilion.

“Perdana Menteri kini hanya perlu menunggu siasatan terhadap 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selesai,” tulis artikel berkenaan. – FMT

SHARE
Previous articlePenyerang Bom Jakarta Hubungi Malaysia
Next articleRDC3 Mula Beroperasi Mei Ini