Najib Beri Jaminan Untuk Projek Bandar Malaysia

116
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyatakan komitmen kerajaan bagi memastikan kejayaan projek pembangunan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur.

Ketika pengkritik membangkitkan soal pegangan China dalam projek itu, Najib bagaimanapun berkata pelaburan itu menunjukkan kejayaan besar dalam keseluruhan pembangunan projek.

“Saya boleh pastikan bahawa kerajaan Malaysia komited untuk menyaksikan projek ini berjaya,” kata Najib dalam acara pengumuman pelaburan AS$2 bilion China Railway Group Limited (CREC) di Bandar Malaysia.

CREC, salah sebuah syarikat terbesar milik kerajaan China, akan melabur untuk pembentukan pusat serantau di Bandar Malaysia.

Najib menegaskan projek itu penting dan akan dipastikan berjaya.

“Kita sudah lihat gambarnya, kini kita mahu lihat benda yang sebenar,” katanya.

Perdana menteri sebelum itu melihat gambaran artis berhubung projek itu.

Beliau juga berkata kerajaan akan mempertimbangkan penawaran insentif-insentif untuk merancakkan pelaburan di Bandar Malaysia.