Najib Atau Tun M? Biar Pungutan Suara Tentukan – Tun M

624
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pungutan suara kebangsaan diadakan untuk membuktikan siapa mempunyai lebih banyak sokongan di lakangan rakyat berbanding dirinya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Mahathir, meskipun pelbagai pihak menganjurkan program sokongan terhadap Najib, namun beberapa pemimpin yang ‘keras kepala’ terus tidak yakin dan pungutan suara mampu menyelesaikannya.

“Apa yang boleh meyakinkan rakyat adalah referendum atau pungutan suara di mana setiap pengundi di negara ini boleh meluahkan sokongan terhadap Najib.

“Mungkin ini juga berguna untuk menunjukkan bagaimana Dr Mahathir (iaitu diri saya) adalah salah dalam mendedahkan skandal kewangan,” katanya secara sinis dalam blognya hari ini.

“Hanya satu soalan mudah sudah memadai: Najib – rait (tanda betul), Mahathir – pangkah (tanda salah) atau sebaliknya bergantung kepada siapa yang anda sokong. Rakyat Malaysia sudah biasa mengundi.

“Referendum ini perlu dijalankan oleh sebuah syarikat pendapat umum asing yang boleh dipercayai dan diselia oleh wakil kedua-dua individu yang terlibat,” katanya.

Jika Najib menang, Mahathir berjanji, beliau tidak lagi akan mengasaknya supaya meletakkan jawatan. – MK