Najib Akan Bentang Pengubahsuaian Bajet 2016

264
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata beliau akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 supaya lebih realistik dengan keadaan 2016 tidak lama lagi.

Menurutnya, pengubahsuaian Bajet 2016 mengandungi langkah-langkah tambahan untuk optima perbelanjaan dan peranan GLC, lapor Bernama.

Perdana menteri berterus terang di Perhimpunan Khas Kementerian Kewangan hari ini bahawa 2016 adalah tahun yang mencabar.

Namun, katanya, kerajaan kekal komited untuk bela nasib rakyat dan jamin ekonomi tumbuh dengan baik.

Menurutnya, kerajaan mensasarkan ekonomi Malaysia kekal stabil pada 2016 dengan unjuran 4-5 peratus KDNK.

Manakala kadar inflasi dijangka kekal rendah dalam lingkungan 2-3 peratus.

Tindakan lebih responsif dan tegas, tambah Najib, perlu diberi perhatian oleh kerajaan, GLC dan rakyat bagi menangani cabaran pada 2016.