Najib Ada Peluang Ketepi Zeti

78
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpeluang mengetepikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam tempoh beberapa bulan akan datang selepas 16 tahun beliau menerajui Bank Negara.

Sebelum ini Zeti secara terbuka membuat kenyataan, skandal yang membabitkan perdana menteri dan syarikat pelaburan negara (1MDB) menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Ketika pelabur mengambil sikap menunggu siapakah yang bakal dilantik Najib – yang juga menteri kewangan – menggantikan Zeti pada Mei ini, sesetengah pihak bimbang tokoh yang dipilih itu tertakluk kepada pengaruh politik.

“Sebarang petanda campur tangan dalam pelantikan gabenor baru akan menggagalkan komitmen kerajaan untuk tidak mengganggu keputusan dasar kewangan selain mengurangkan keyakinan pelabur,” kata pengurus dana PineBridge Investments, Anders Faergemann.

Firma itu mengendalikan pelaburan bernilai AS$77.7 bilion di seluruh dunia.

Pelabur asing melilhat “Zeti sebagai sepasang tangan yang diyakini” dan akan mencari pengganti yang mempunyai pengalaman dan pendekatan sama sepertinya.

Dilantik pada 2000 oleh perdana menteri yang menolak gesaan yang inginkan tokoh bebas, Zeti memperoleh kuasa dan autonomi di bawah pentadbiran Najib dengan mandat untuk memastikan dasar kewangan negara stabil.

Fokus itu teruji tahun ini dengan nilai ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun selepas skandal kewangan 1MDB ditimbulkan menyeabkan pelabur kian bimbang.

Kedua-dua pihak – Najib dan 1MDB – secara konsisten menafikan mereka melakukan sebarang salah laku.

“Mengekalkan keyakinan pelabur, mengawal kerapuhan ringgit dan menyokong pertumbuhan akan menjadi cabaran terkini gabenor baru Bank Negara,” kata pakar ekonomi Bank of America Merrill Lynch berpangkalan di Singapura, Chua Hak Bin.

Pejabat Perdana Menteri tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap permohonan mendapatkan reaksi bagi isu ini.

SHARE
Previous articleNajib Sedang Selesaikan Masalah Yang Disebut Muhyiddin – Ku Nan
Next articleSokong Pemimpin Sedia Ada Dan Bukan Buat Kumpulan Serpihan – Zahid