Tips Mudah Menjaga Kesihatan Mata

516
0

Mata adalah salah satu deria paling penting pada tubuh kita. Dengan mata kita mampu menikmati kehidupan yang sihat serta keindahan alam yang sangat bernilai ini. Oleh itu sangat penting untuk kita menjaga kesihatan mata agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit mata. Menjaga mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberikan.

Apakah Faktor Yang Menyebabkan Kerosakan Mata?

1. Merokok

Rokok mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi. Ia mampu merosakkan sensitiviti pada retina dan menyebabkan sel-sel pada retina mati. Hal ini akan menyebabkan kerosakan mata.

2. Sinaran Matahari

Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata. Sinarannya yang menyengat mampu membakar kornea, merosakkan lensa mata dan retina.Selain itu, dedahan berlebihan kepada sinaran UV mampu meningkatkan risiko katarak.

3. Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina iaitu kawasan belakang mata yang berfungsi untuk memfokuskan gambar. Penyakit mata akibat tekanan darah tinggi ini dikenali sebagai Retinopati Hipertensi.

4. Kencing manis atau diabetis

Pesakit diabetis mempunyai risiko mengalami masalah penglihatan yang dikenali sebagai glukoma. Keadaan ini juga disebut sebagai retinopati diabetis iaitu berlaku kerosakan teruk pada retina. Glukoma merupakan faktor utama menyebabkan penglihatan menjadi kabur atau buta.

5. Pengambilan alkohol

Mengambilan alcohol yang berlebihan mampu mengganggu penglihatan sekaligus menyebabkan kerosakan mata secara keseluruhan. Antara kesan sampingan pengambilan alkohal ialah penurunan prestasi visual, tindakbalas anak mata yang lambat, sering migraine mata mata kemerahan.

6. Diet yang tidak sihat

Pengambilan makanan segera bukan mampu membawa risiko kerosakan mata, malah mampu menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhannya. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta, rabun malam dan mata mongering. Selain itu, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

7. Penggunaan Komputer

Penggunaan computer yang terlalu lama sebenarnya membuatkan urat mata menjadi tegang, keletihan, iritasi dan kurang kepekaan kepada cahaya. Tekanan berlebihan membuatkan otot-otot sekitar mata juga menjadi rosak.

Tips Penjagaan Mata

Setelah mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan mata, perlulah kita tahu langkah penjagaan seterusnya selain dari mengelak perkara-perkara di atas. Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mata agar sentiasa nampak cantik dan bercahaya ialah:

 

1. Elakkan menggosok mata menggunakan tangan dengan kuat. Gunakan kain bersih untuk menggosok mata bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata.

2. Jaga jarak penglihatan anda. Sebaik-baiknya 50cm – 100cm sari skrin komputer atau televisyen.

3. Merehatkan mata. Jangan memaksa mata anda untuk mengadap buku atau skrin komputer dengan terlalu lama. Rehatkan sebentar bagi mengurangkan ketegangan mata.

4. Makan makanan yang tinggi kandungan Vitamin A.

5. Memakai alat pelindung mata. Kini banyak telah dicipta cermin mata gelap pelindung UV untuk kesihatan mata. Amalkan penggunaan cermin mata gelap untuk aktiviti harian anda seperti memandu, bermain golf, berjogging dan sebagainya.

6. Membuat pemeriksaan mata. Lakukan pemeriksaan mata secara rutin bagi mengelak sebarang penyakit yang tidak diingini. Sekiranya anda ada merasakan kelainan pada penglihatan anda, segera berjumpa doktor untuk khidmat nasihat.

7. Berhenti merokok. Bagi perokok tegar, mulakan usaha anda untuk berhenti merokok kerana ia mampu merosakkan saraf pada mata sekaligus menjejaskan kesihatan mata.

Apakah Makanan Yang Terbaik Untuk kesihatan Mata?

Menjaga mata dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang mudah termasuklah menjaga pemakanan. Beberapa makanan berikut dapat membantu menjaga kesihatan mata secara umum disamping melindungi mata dari pelbagai masalah kesihatan mata seperti katarak, rabun, glukoma dan sebagainya. Antaranya ialah :

 

  • Ikan Salmon – Kaya dengan asid lemak omega 3 yangh mampu memelihata kesihatan badan keseluruhannya termasuk mata. Selain itu salmon juga mengandungi asid folik, vitamin A, vitamin D, vitamin B6 dan vitamin B12
  • Brokoli – Mengandungi tinggi kalsium, vitamin C, lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.
  • Bayam – Kaya dengan vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata.
  • Kobis – Kobis juga mengandungi vitamin A, lutein, dan zeaxanthin
  • Tomato – Mengandungi vitamin C dan lycopene yang tinggi dan sangat penting untuk kesihatan mata.
  • Telur – Mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, vitamin B12, Vitamin D dan juga cysteine.
  • Bawang Putih – Mengandungi selenium, vitamin C dan guercetin yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh keseluruhannya.
  • Lobak – Seperti yang kita sedia maklum, lobak sangat kaya dengan vitamin A dan beta carotene yang baik unutk kesihatan mata.
  • Biji Bunga Matahari – Mengandungi tinggi kandungan selenium dan mampu mencegah kataraks dan gangguan lain pada mata.
  • Ubi Keledek – Salah satu makanan yang mengandungi sumber vitamin C serta beta karoten. Kedua kandungan zat dari ubi keledek tersebut sangat baik untuk kesihatan organ penglihatan anda.

Sumber