Bertekak berebut tandas

39
0

SINGAPURA: Dua orang lelaki ditahan selepas mereka didakwa bergaduh berebut  tandas di stesen MRT Aljunied pada malam Ahad lalu.

Polis berkata mereka dimaklumkan untuk mendapatkan bantuan pada 8.20 malam di 81 Lorong 25 Geylang.

Dua lelaki, berusia 32 dan 29 tahun, ditangkap kerana mengaku bergaduh.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman Stomp, kelihatan tiga pegawai polis berdepan dengan sekumpulan lelaki.

Kedua-dua lelaki itu bertekak mengenai gilirannya untuk menggunakan tandas.

“Ia menyebabkan pergaduhan dari dalam hingga ke luar tandas dan campur tangan oleh  rakan-rakan suspek,” jelas seorang lelaki yang dikenali sebagai Leonard.

<< SUMBER >>