MyDeposit Mula Dilaksanakan Hari Ini

240
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan perlaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016.

Beliau berkata skim ini dilaksanakan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM3,000 dan RM10,000.

“(Skim ini melibatkan) pemberian sumbangan sebanyak 10 peratus daripada harga jualan atau maksima RM30,000, yang mana lebih rendah, kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga kurang RM500,000,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara di sini.