Musuh Nazak, Kita Kejang Otot – Kongres PKR

300
0
SHARE

PETALING JAYA: Krisis pakatan pembangkang yang bercakaran sesama sendiri dilihat akan menjejaskan peluang untuk menguasai Putrajaya pada PRU-14 yang akan datang.

Perwakilan Selangor, Najwan Halimi meminta parti-parti dalam pakatan pembangkang melupakan hasrat untuk menguasai kerajaan persekutuan sekiranya kemelut dalamanan pembangkang tidak diselesaikan terlebih dahulu.

“Kalau kita nak bicara soal menakluk Putrajaya, kita lihat kembali kemelut yang sedang berlaku.Adakah kita akan berjaya merampas Putrajaya sekiranya kemelut belum selesai?

“Di saat musuh kita sedang nazak menunggu ajal, kita pula yang kejang otot,” katanya semasa membahaskan usul politik dalam Kongres Nasional PKR 2015.

Najwan kemudian turut memuji kerajaan negeri Selangor yang terus menjalinkan hubungan dengan semua pihak yang berkepentingan untuk memastikan kestabilan kerajaan negeri berikutan pembubaran gabungan Pakatan Rakyat dan pembentukan blok pembangkang baharu Pakatan Harapan yang tidak disertai PAS.

“Keputusan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang meneruskan kerjasama dengan Pas dalam pentadbiran negeri perlu dipuji. Sekarang bukan masa untuk brmain politik tetapi untuk bekerja demi rakyat,” jelasnya bersemangat.