Mural Misteri Sokong Muhyiddin Di Kluang

426
0
SHARE

PETALING JAYA: Sebuah lukisan mural dipercayai berimejkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikesan di bandar Kluang.

Walaupun lokasi lukisan masih belum dikenal pasti, tetapi lukisan mural itu telah diviralkan dalam sebuah akaun Instagram pelawak dan pelakon Shahrol Azizie Azmi, atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro.

Status yang dimuat naik menyatakan ,”Operasi Sulit pun bermula..gambar siapakah yg akan dilakar dimalam hari ini???Nantikan warga Kluang”.

Dalam gambar itu, dua orang lelaki berdiri dengan menundukkan muka memegang semburan tin di tangan dalam suasana lampu malap berlatarkan potret seseorang yang masih belum selesa.

Beberapa jam selepas itu, satu lagi gambar dimuat naik dalam akaun Instagram yang serupa, kali ini dengan status dan kata-kata mendalam.

“Kami tidak pandai mengungkapkan kata2 yg indah utk menabur sebuah ‘JANJI’..Kami tidak memiliki wang yang banyak utk membeli sebuah ‘PERPADUAN’..Kami tidak memiliki badan segagah badang agar semua tunduk ‘HORMAT’..Tapi kami ada cara tersendiri..#AKUBUDAKKLUANG#SaluteTSMY #OnlyInKluang#MuafakatJohor #Success #Humble#Intelligent #Respect #OrangKampung@akubudakkluang,” tulis status tersebut.

Mural siap itu juga dalam suasana cahaya malap dengan beberapa orang dilihat duduk bersila di hadapan sambil menayangkan tanda ‘peace’.

Mural itu juga ditandatangani dengan ‘#AkuBdakKluang SALUTE TSMY.

Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet pada bulan lepas selepas mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menggesa Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.