Mukhriz Tidak Bimbang Khabar Angin Dipecat

490
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bimbang dengan khabar angin bahawa beliau akan dipecat oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

“Saya tidak boleh mengulas mengenai khabar angin.

“Saya perlu menunggu sehingga keputusan dibuat sebelum boleh memberi komen,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Discover Kedah 2016 di sini, Jumaat.

Muhkriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin di media sosial bahawa beliau adalah antara tujuh Ahli MT Umno yang akan dipecat daripada badan itu yang akan bermesyuarat pada 9 September ini.

Pemimpin lain dalam senarai itu ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Safie Apdal, Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ahamd Said, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Jumat Idris.

Ditanya sama ada terdapat tekanan kepadanya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz berkata: “Tak ada tekanan kecuali daripada seorang Adun.”

Pada April lalu, Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata Mukhriz perlu meletakkan jawatan jika beliau tidak boleh secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SHARE
Previous articleNajib Edar Tanglung Percuma Bersempena Perayaan Kuih Bulan
Next articleSurat ‘Semangat’ Tun M Untuk Anina