Mukhriz Minta Rakyat Kedah Bertenang

400
0
SHARE

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta rakyat negeri itu supaya bertenang dan bersabar serta mendoakan yang terbaik.

“Selagi rakyat Kedah mahukan saya, selagi itulah saya akan terus berkhidmat,” katanya sebelum meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Bahagian Jerlun, malam tadi.

“Allah akan bersama kita selagi kita ikhlas dengan perjuangan. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita. Apa juga kejadian yang berlaku tentunya ada hikmah untuk kita.

“Percayalah sesuatu yang baik akan sampai kepada kita,” katanya ketika berucap di depan lebih 1,000 penyokongnya yang berkumpul sejak 8 malam tadi.Petang tadi hampir semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen Umno Kedah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. – INSIDER

SHARE
Previous articleUMNO Kedah Biadab – Mahfuz
Next articleDesakan Mukhriz Berundur Ada Agenda Peribadi – Muhyiddin