Mukhriz Letak Jawatan Sebagai MB Kedah

983
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

ALOR SETAR: Selepas dua minggu pergolakan politik melanda negeri ‘Aman Makmur’, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar selepas hilang kepercayaan daripada Adun Barisan Nasional (BN dan kepimpinan UMNO Kedah.

Mukhriz dalam satu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman sebentar tadi mengumumkan keputusan tersebut berikut tekanan yang semakin kuat daripada kepimpinan UMNO Kedah.

Dua puluh satu ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada hari Isnin dan Selasa lalu.

Mukhriz kemudian membuat keputusan untuk berundur selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah mendapati beliau telah hilang keyakinan majoriti ADUN di ‘Jelapang Padi’ itu.