Mukhriz Hadir Mesyuarat MT UMNO, Disambut Laungan “Hidup MB Kedah”

331
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kedatangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur disambut dengan laungan dan sorakan daripada penyokongnya.‎

Mukhriz hadir di PWTC untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kira-kira jam 3 petang dengan memakai kemeja berwarna biru dan seluar kelabu kelihatan tenang sambil tersenyum ketika melalui pintu masuk.

Malah sewaktu laungan “Hidup Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz” kedengaran, pemimpin itu yang kini berdepan risiko digulingkan hanya melambaikan tangan kepada penyokongnya.

Mukhriz juga tidak memberikan sebarang komen kepada media. – INSIDER

SHARE
Previous articleJambatan Pulau Pinang Sesak Teruk Akibat Kemalangan
Next articleMukhriz Diminta Tinggalkan Mesyuarat MT UMNO