Mukhriz Beri Respons Dakwaan UMNO Kedah Malam Ini

196
0
SHARE

ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dijangka akan mengeluarkan kenyataan malam ini berhubung dakwaan gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah dan menguruskan parti, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar.

Mohd Fisol sekadar mengesahkan, satu sidang media secara teratur akan diadakan dalam masa terdekat dan media diminta menunggu maklum balas daripada pejabat Menteri Besar.

Sebelum itu, pada sebelah petang serentak dengan pengumuman sidang media tergempar Umno Kedah, Mukhriz hadir pada satu program di Kampung Berjaya.

Namun dilihat bergegas meninggalkan majlis tersebut selepas dimaklumkan mengenai sidang media khas Umno Kedah, yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan beliau.

Difahamkan Mukhriz kembali ke pejabatnya di Wisma Darul Aman dan mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan beliau berhubung isu sama.

Petang tadi,  satu sidang media oleh hampir seluruh kepimpinan Umno Kedah diadakan bagi menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

SHARE
Previous article“Kami Bukan Parti Minta-Minta” – Amanah
Next articleTindakan Tegas Terhadap Pihak Salahgunakan Media Sosial