Muhyiddin Nekad Hadir PAU 2015 Walau Jadi ‘Tunggul’ Atas Pentas

435
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa beliau akan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) dalam masa yang sama menzahirkan rasa sedihnya apabila Majlis Tertinggi (MT) UMNO melayannya seperti tunggul.

“Saya nak berucap, tetapi tidak boleh berucap. Malah tidak boleh terlibat dalam penggulungan. Hanya duduk di atas pentas sebagai tunggul.

“Orang lain boleh bercakap, saya tidak boleh bercakap. Timbalan Presiden tidak boleh bercakap,” ujarnya sewaktu ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang disingkirkan dari Kabinet pada Julai lalu menyatakan kejadian di dalam UMNO ini membuktikan bahawa ruang demokrasi di dalam parti itu semakin terhakis.

“Akar umbi UMNO hari ini mahu menunjukkan bahawa jika seorang Timbalan Presiden tidak boleh bersuara, bermakna akar umbi juga tidak dibenarkan bersuara,” ujarnya lagi.

Bagaimapun Muhyiddin menjelaskan beliau masih sayangkan UMNO dan tidak mahu dirinya dipecat, sebaliknya jika itu keputusan parti, beliau akur.

“Walaupun saya tidak mahu dipecat, tetapi jika mereka nak hukum saya, saya sedia terima,” katanya. – INSIDER

SHARE
Previous articleNajib Bentang Usul 11 Bahagian Baharu Di Sarawak
Next articleUndi Tolak Bajet 2016 Hanya Sia-Sia – Wan Azizah