Muhyiddin Enggan Mohon Maaf Dengan Najib

1353
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memohon maaf dan menyatakan bahawa tiada keperluan atau sebab munasabah untuk beliau dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk bertindak sedemikian berikutan kritikan mereka terhadap Presiden, Datuk Seri Najib Tujn Razak.

”Sebenarnya saya tidak lihat ada sebab munasabah yang perlukan saya memohon maaf kerana apa yang saya sebutkan bukan soal peribadi.

“Apa yang saya bangkitkan selama ini soal parti dan soal kepimpinan.

“Saya amat cinta kepada UMNO dan mahu ia terus kekal dan diyakini oleh ahli parti serta rakyat,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Muhyiddin berkata demikian kerana mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang berkata, siasatan terhadap Muhyiddin akan diteruskan walaupun beliau meminta maaf.