Muhyiddin Cadang Najib Berehat

785
0
SHARE

Oleh:  Wartawan Mysuara

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berehat sementara.

Gesaan itu dibuat supaya dakwaan-dakwaan berkaitannya, termasuk isu 1MDB, dapat diselesaikan.

“Rehat sementara. Bukan berhenti. Rehat saja, sementara. Jangan timbul persepsi PM campur tangan. Ambil cuti sampai kes selesai.

“Kemudian kalau tidak terlibat, kita doa tidak terlibat, baliklah (bertugas) semula,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam majlis khas bersama orang ramai di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir dalam acara itu.