MP Seremban Nyaris Diarah Keluar Sidang Dewan Rakyat

97
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Seremban (DAP), Loke Siew Fook tidak berpuas hati apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) enggan menjawab soalan beliau mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau juga nyaris diarahkan keluar dari Dewan Rakyat apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Siew Fook duduk sambil memberi kata dua untuk ‘direhatkan’ sekiranya beliau terus berdegil.

Siew Fook berkata, Najib sepatutnya menjawab sendiri soalan itu berikutan beliau sendiri berada di Dewan Rakyat hari ini dan bukan menyerahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Chua Tee Yong (BN-Labis).

“Tuan Speaker, Menteri (Kewangan) sendiri berada di dalam dewan ini tetapi mengapa tak mahu jawab dan serah kepada Timbalannya,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan Siew Fook disanggah Pandikar dengan alasan tiada peraturan yang menyekat Timbalan menjawab bagi pihak Menteri.

SHARE
Previous articleDewan Rakyat: Gobind, Lip Eng Diarah Keluar
Next articleHasil Kutipan GST Bakal Diumum Dalam Bajet 2016