MOSTI Buat Pembenihan Awan Hari Ini – Madius Tangau

1150
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensinya MetMalaysia dengan kerjasama TUDM, bersedia melaksanakan operasi pembenihan awan di kawasan mengalami jerebu teruk ketika ini.

Menterinya, Datuk Madius Tangau, berkata operasi pembenihan awan dijangka dilakukan di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Malaysia dan Sarawak, hari ini.

“Bagaimanapun, lokasi sebenar dan bilangan operasi pembenihan awan yang bakal dijalankan bergantung kepada tiga faktor utama iaitu keadaan atmosfera yang sesuai, kewujudan awan sesuai iaitu awan jenis ‘Towering Cumulus’, dan udara lembab dengan kandungan wap air tinggi.

“Selepas semua faktor ini diambil kira, baharulah kerja pembenihan awan dapat dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Madius berkata, beliau berharap usaha berkenaan akan berjaya dan mengurangkan keadaan jerebu yang di kawasan terbabit.

Katanya, sebarang perkembangan mengenai keadaan cuaca berjerebu akan dimaklumkan kepada pihak berwajib demi kepentingan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline 1-300-22-1MET atau melawat laman sesawang MetMalaysia iaitu http://www.met.gov.my, http://www.met.gov.my atau laman sosial MetMalaysia di Facebook dan Twitter malaysiamet.