MKKY Mulai Melatih Tahfiz Dengan Kemahiran TVET

118
0
SHARE

JOHOR BAHRU: Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) bertekad untuk terus memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang turut mendapat penekanan dalam Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Jumaat lalu menurut pengerusinya Tan Sri Hashim Meon.

Tambahnya lagi, MKKY sentiasa memikirkan bagaimana TVET boleh menjadi penambah nilai kepada mereka yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian akademik.

“Kenapa tidak kita adakan kursus khas pada lulusan tahfiz Al-Quran? MKKY akan memohon tajaan daripada yayasan-yayasan negeri untuk menaja kursus elektrikal dan automotif kepada lulusan  tahfiz ini,” jelasnya lagi.

Beliau ditemui selepas berucap di jamuan makan malam MKKY kali ke-24 yang dipengerusikan oleh Yayasan Pelajaran Johor.

MKKY yang dibentuk pada 20 September 2005 sebagai salah satu inisiatif awal Yayasan Kepimpinan Strategi Malaysia untuk memperkasakan pembangunan modal insan.