MH149 Tak Hilang, Selamat Tiba Di Melbourne – DCA

373
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA), hari ini menafikan khabar angin kononnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH149, yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia, malam tadi, hilang dari radar dan tidak dapat dikesan.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.07 malam tadi telah selamat mendarat di Melbourne pada jam 8.21 pagi waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia).

“Ia satu laporan palsu yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan keresahan kepada awam,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai maklumat di laman sosial yang menyebut pesawat MH149 telah hilang dari radar.