Melayu Tidak Perlu Bimbang Hilang Kuasa – Lim Kit Siang

100
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kaum Melayu tidak perlu bimbang kehilangan kuasa jika DAP dan Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, hak dan kepentingan setiap kaum di Malaysia akan dilaksanakan mengikut asas Perlembagaan jika Pakatan Harapan memerintah negara.

“Pakatan Harapan akan menegakkan Perlembagaan serta menjaga hak dan kepentingan setiap kaum. Oleh itu tidak timbul persoalan Melayu atau Islam dalam ancaman,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Kit Siang yang merupakan tokoh DAP menegaskan, Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP tidak akan menjadi kerajaan selama satu penggal sahaja.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan yang bakal dipilih oleh rakyat itu nanti akan terus mendapat mandat pada pilihan raya yang berikutnya.

“Kami akan menjadi lebih baik dalam menjaga hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tidak mengira agama dan bangsa,” ujarnya.

SHARE
Previous article“Jika Perlombongan Bauksit Dihentikan, Kami Semua Nak Makan Apa?” – Peneroka
Next articleKastam Sasar Kutip RM39 Bilion GST Pada 2016