Dr Maza Bidas Netizens Persenda Ibadah Najib

222
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati orang ramai supaya tidak mempersendakan ibadah umrah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor hanya kerana perbezaan politik.

Beliau berkata, soal ibadah adalah antara seseorang dengan Tuhan dan tidak boleh dicampur aduk dengan perkara lain.

“Sekali pun berbeza pendapat politik atau pun tidak suka dengan beliau, soal ibadah seseorang biarlah antara dia dengan Tuhan. Tidak perlu kita mempersendakannya.

“Urusan beliau dengan rakyat adalah yang membabitkan ketelusan dan amanah dalam pentadbiran. Persoalan peribadi seperti kenapa beliau solat, puasa, umrah dan hari, hendaklah diserahkan kepada Allah.

“Hanya Allah SWT yang mengetahui hakikat setiap hamba-Nya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, semalam.

Laman Facebook rasmi Najib pada 1 Mac lalu memuatnaik gambarnya dan isteri menunaikan umrah, sempena kunjungan lima harinya ke Arab Saudi.

Sejumlah netizen menyindir tindakan tersebut, dan mendakwa ia hanya untuk mengurangkan persepsi buruk terutama berhubung isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB. – FMT