Mat Taib Kembali Ke UMNO

31
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Taib hari ini kembali ke pangkuan Umno.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Muhammad berkata, keputusan itu dibuat selepas merasakan perjuangan pembangkang adalah sia-sia.

Beliau keluar Umno untuk menyertai PAS pada April 2013, dan kemudian menyertai PKR dua tahun kemudian.

Sidang media itu mencetuskan spekulasi dan ditunggu-tunggu media, selepas Najib memanggil kebanyakan pemimpin Umno seluruh negara untuk menyertai sidang media itu. – MK

SHARE
Previous articleHusam Sokong Tun M Bertanding PRU14
Next articleLima Tahun Yang Sia-Sia – Mat Taib