Mat Sabu Dihalang Memasuki Sarawak

137
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu hari ini dihalang memasuki Sarawak.

Menurut Sekretariat Komunikasi parti itu, tindakan itu adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri.

“Beliau bersama pegawai khasnya tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.40 pagi dan ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen,” kata satu kenyataan ringkas daripada Sekretariat Komunikasi Amanah.

Kenyataan itu turut berkata Mat Sabu kini dalam proses dihantar pulang ke Semenanjung.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan tindakan itu dan meminta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meneliti semula sekatan terhadap mana-mana ahli politik.

“Dia (Mat Sabu) bukan ada buat apa-apa kekecohan. Kenapa dilarang masuk?’ tanyanya semasa satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Usaha untuk menelefon Mat Sabu untuk mendapatkan reaksinya tidak berjaya setakat ini.