Manusia Tertua Di Dunia Berusia 131 Tahun Ditemui?

160
0
SHARE

ACRE: Warga emas dari Brazil didakwa lelaki paling tua di dunia dengan usia mencecah 131 tahun, lapor Metro.uk.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang penjawat awam dari Utara Brazil yang mendakwa warga emas, Joao Coelho de Saouza dilahirkan pada 10 Mac 1884.

Ini menjadikan Joao Coelho kini berusia 131 tahun  iaitu 19 tahun lebih tua dari lelaki dari Jepun yang diiktiraf sebagai lelaki paling tua di dunia, Yasutaro Koide dan sembilan tahun lebih tua dari Jeanne Calment yang memegang rekod dunia sebagai manusia paling lama hidup dalam rekod sejarah.

Sijil kelahiran didedahkan oleh pekerja keselamatan sosial di Acre yang mengatakan warga emas itu dilahirkan di Meruoca, 2,000km dari bandar Acre.

Penjawat awan akan membuat rutin melawat warga emas itu untuk memastikan dia masih hidup dan layak menerima pencen dan kini mengesa kerajaan negeri  untuk mendaftarkan Joao Coelho dalam Guinness Book of Records.

Media di Brazil turut melaporkan, Joao Coelho tinggal bersama isterinya yang berusia 62 tahun dan cucunya berusia 16 tahun.

Dia turut mempunyai anak perempuan berusia 30 tahun, Cirlene Souza yang dilahirkan ketika Joao Coelho berusia 101 tahun.

Sementara itu, isteri Joao Coelho berkata, tiada keraguan terhadap dakwaan tersebut dan berkata, dokumentasi telah diperiksa oleh pakar dan tiada sesuatu yang mencurigakan ditemui.