Mangsa Culik Terima Rawatan Kelas Pertama – Najib

16
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, mangsa culik yang diselamatkan iaitu Abdul Rahim Summas, 62 dan Tayudin Anjut, 46, akan diberi rawatan dan ditempatkan di wad kelas pertama Hospital Selayang.

Katanya, mereka akan mendapat rawatan pakar kerana kedua-dua mengalami masalah kesihatan selepas lapan bulan ditahan pengganas.

“Abdul Rahim mengalami masalah kaki manakala Tayudin tidak dapat melihat berikutan masalah penglihatan,” katanya.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan dua mangsa culik yang diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di kediaman beliau di sini, pagi ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.