Maldives, Malaysia Bincang Kerjasama

108
0
SHARE
PUTRAJAYA: Presiden Maldives, Abdulla Yameen Abdul Gayoom, diberi sambutan hormat oleh Datuk Seri Najib Razak di Dataran Perdana, sebentar tadi.
Abdulla Yameen tiba di sini semalam, bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Kunjungan beliau bersama isteri, Fathimath Ibrahim, adalah atas undangan Perdana Menteri. Ia adalah lawatan sulung Abdulla Yameen ke Malaysia sejak menjadi Presiden pada November 2013.
Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan pertemuan di sini, antara lain bagi membincangkan hubungan dua hala dan mengenal pasti kerjasama dalam bidang lain yang berpotensi diterokai.
Malaysia dan Maldives mempunyai hubungan meluas dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pelancongan dan bantuan teknikal yang memanfaatkan kedua-dua negara. Abdulla Yameen dan delegasi berlepas ke Singapura petang ini.