Malaysia Tolak Cadangan Jadikan Baitulmuqaddis Ibu Negara Israel

19
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

“Kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai negara Israel sampai bila-bila,” katanya yang disambut dengan laungan Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar!! Allahu Akhbar daripada para perwakilan di dalam dewan dan anggota Umno di luar dewan yang mengikuti lintas langsung majlis itu.

“Satu perjuangan bukan sahaja dari suara umat Islam Malaysia, malah, suara kemanusiaan dunia yang diwakili kerajaan Malaysia pimpinan Umno,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia akan terus prihatin dan berperanan aktif di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seakidah di serata dunia, umpamannya di Myanmar dan Palestin.

“Umno tidak pernah dan tidak sesekali berkompromi dengan apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya agama Islam serta syiarnya, bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia,” katanya.