Malaysia Sedia Patuh Standard Tinggi TPPA

92
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysia menjadi sebahagian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) membuktikan negara sedia mematuhi standard tinggi dalam perjanjian perdagangan dan pelaburan.

BERNAMA melaporkan, Ketua Perunding, Datuk J Jayasiri sebagai berkata, kesediaan Malaysia itu menunjukkan negara adalah mesra perdagangan dan pelaburan.

Beliau berkata, Malaysia sebelum ini sebahagian daripada Skim Keutamaan Am (GSP) Kesatuan Eropah (EU), yang membolehkan pengeksport negara membangun membayar kurang ke atas eksport ke rantau itu.

Katanya, disebabkan tidak lagi dalam senarai GSP itu, Malaysia perlu menyertai perjanjian tahap tinggi seperti TPPA, katanya.

Jayasiri yang juga Timbalan Ketua Pengarah MITI berkata demikian pada forum ‘TPPA: Pemuda Tanya, Pakar Rujuk Jawab’ anjuran Pergerakan Pemuda UMNO, di sini, semalam.

“Kita juga mahu berunding dengan EU, sebab banyak industri mengalami kerugian sejak EU mengeluarkan Malaysia dari senarai GSP,” katanya.

Menurut Jayasiri, penyertaan dalam TPPA adalah cara Malaysia berkomunikasi dengan EU mengenai kesediaannya meningkatkan standard ke tahap antarabangsa.

Jayasiri berkata, Malaysia mendapat fleksibiliti yang memihak kepada beberapa dasar domestik, semasa proses penetapan terma dan syarat dalam TPPA.