Malaysia Jamin Siasat Insiden Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka Di KLIA

32
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia akan menyiasat insiden membabitkan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, Ibrahim Ansar dan sekumpulan penunjuk perasaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Insiden itu mengakibatkan pesuruhjaya tinggi itu mengalami kecederaan ringan.

“Kerajaan Malaysia melahirkan simpati terhadap Tuan Yang Terutama Ibrahim Ansar dan memberi jaminan pihak berkuasa negara ini akan menyiasat insiden itu dan membawa pelakunya ke muka pengadilan,” kata Kementerian Luar dalam kenyataannya.

Melahirkan kekesalan terhadap insiden itu, kenyataan itu menambah: “Kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur untuk memastikan insiden seumpama itu tidak berulang di masa hadapan.” –