Malaysia Hampir Muflis Jika Tarik Diri TPPA – Tun M

790
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak jaminan daripada Putrajaya yang negara ini boleh menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) pada bila-bila masa, sambil mengatakan langkah itu akan menyebabkan Malaysia hampir muflis.

Bekas perdana menteri itu berkata, menarik diri daripada TPPA selepas perjanjian itu dimeterai akan membuka jalan bagi syarikat-syarikat yang mengalami kerugian untuk menyaman Malaysia di mahkamah di mana Putrajaya tidak boleh memberi “tekanan atau rasuah”.

“Keputusan untuk menarik diri daripada TPPA jelas akan menyebabkan kehilangan keuntungan dan keuntungan masa depan oleh syarikat yang melabur di Malaysia atau perdagangan dengan Malaysia,” tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc hari ini.

“Keputusan itu akan melibatkan banyak syarikat yang dikatakan akan menanggung kerugian ratusan bilion. Mahkamah tidak akan menjadi milik kita di mana kita hanya boleh bergantung kepada simpati dan prihatin terhadap apa yang akan berlaku kepada ekonomi dan kewangan kita.

“Tidak ada cara kita boleh memberi tekanan atau rasuah kepada mahkamah. Kita hanya perlu membayar berbilion-bilion.” – INSIDER

SHARE
Previous articleMatlamat 2016 Untuk Kekal Selamat, Makmur Dan Sama Rata – Najib
Next article#2Kerja: Ramai Setuju Cadangan Saya – Ahmad Maslan