Low Yat 2: Teresa Tuduh Ismail Sabri Ekstrem

144
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana mencadangkan penubuhan Low Yat 2 yang khusus untuk peniaga alat telekomunikasi berbangsa Melayu dan Bumiputera, dibidas DAP.

Dalam status terbaru Facebooknya, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mempersoalkan syor berkenaan yang didakwanya sebagai bersifat perkauman.

Bahkan kenyataan yang dibuat Ismail itu dikatakan melanggar sumpahnya sebagai menteri untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya mahu bertanya kepada Ismail Sabri, selepas menubuhkan Low Yat 2 untuk Melayu, adakah beliau akan menubuhkan Plaza 3 untuk India, Low Yat 4 untuk Iban, Low Yat 5 untuk KDM (Kadazan, Dusun dan Murut), dan Low Yat 6 untuk Orang Asli?

“Saya ingin menasihati Ismail Sabri supaya berhenti menjadi ekstrem dan tidak masuk akal. Sebagai menteri kabinet, beliau sepatutnya mempromosi perpaduan nasional, bukannya pengasingan kaum,” tulis Teresa di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Ismail Sabri mencadangkan Tingkat Tiga Bangunan MARA di Jalan Raja Laut untuk dijadikan pusat perniagaan alat telekomunikasi dan teknologi khusus untuk peniaga Melayu, dan ia diberi nama Low Yat 2.

SHARE
Previous articleRinggit Jatuh Ke Paras Terendah Baharu
Next articlePenurunan Ringgit Tak Jejas Pelan Rasionalisasi Hutang 1MDB