Letupan Jakarta: 4 Suspek Serangan Mati Ditembak – Polis

288
0
SHARE

JAKARTA: Polis Indonesia menembak mati 4 suspek militan yang merupakan dalang serangan kejadian bom dan tembakan di Jakarta, hari ini dan kawasan terbabit selamat, kata jurucakap polis.

“Kami mengepung bangunan dari tingkat bawah hingga atas,” Iqbal Kabid memberitahu pemberita, menjelaskan pertempuran senjata antara penyerang dan polis berlaku di sebuah panggung wayang yang terletak satu bangunan dengan kafe Starbucks yang diserang.

“Kami akan mengisytiharkan keadaan selamat tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, ketua agensi perisikan negara itu berkata tiada tanda-tanda kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) menjadi dalang kepada serangan hari ini.

“Ini adalah keganasan tetapi tiada tanda lagi yang ia berkaitan dengan Isis,” kata Leftenan Jeneral Sutiyoso.

SHARE
Previous articleLetupan Jakarta: Tiada Petunjuk IS Atur Serangan
Next articleTangani Gerakan Ekstremis Dengan Tegas – Tuanku Muhriz