Letupan Di Stesen Kereta Api Bawah Tanah London

13
0
SHARE
LONDON: Pasukan polis bersenjata dikejarkan ke sebuah stesen keretapi bawah tanah di London gara-gara insiden letupan yang berlaku pada Jumaat.

Saksi Reuters melihat enam ambulans, beberapa kenderaan bomba dan sebuah helikopter berada di stesen Parsons Green di barat London sewaktu media tempatan melaporkan beberapa penumpang mengalami kecederaan akibat letupan itu.

Di luar stesen kerata api berkenaan, seorang wanita dilihat duduk di kaki lima dengan kaki yang berbalut. Saksi Reuters turut melaporkan seorang wanita yang tercedera diangkat  oleh pihak keselamatan.

“Kami sedang menyiasat insiden di stesen bawah tanah Parsons Garden. Pasukan keselamatan juga sudahpun berada di sana,” ujar polis London melalui laman twitter mereka.

Tambah mereka, polis sedang meneliti laporan di media sosial dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi setelah mendapat maklumat secukupnya.

Dalam pada itu, Britain sudahpun diserang sebanyak empat kali pada tahun ini dengan angka korban seramai 36 orang.