Letupan Bangkok: Angka Korban Meningkat 27

244
0
SHARE

BANGKOK: Beberapa warga asing adalah antara 27 orang yang terbunuh apabila bom yang dipasang di sebuah motosikal meletup di luar sebuah kuil di ibu negara Thailand, menurut media.

Laporan The Nation berkata seramai 27 terbunuh dalam letupan berhampiran kuil dewa Hindu Erawan itu, dan media lain berkata sekurang-kurangnya tiga warga asing adalah di kalangan mangsa yang terkorban.

Turut dilaporkan bahawa setakat ini seramai 81 mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di 14 buah hospital dengan mangsa paling ramai dirawat di Hospital Chulalongkorn (28 orang).

Kebanyakan pelancong yang cedera adalah dari China dan Taiwan, menurut laporan  media.